Saturday 15 August 2009

Kursus Pengurusan Jenazah

01 Ogos 2009 - Kelab UMNO Iskandariah telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Mandarah, Iskandariah.

Penceramah jemputan memulakan kursus tersebut mengikut modul yang telah beliau sediakan. Terdapat 5 sesi dalam kursus tersebut. Turut diadakan sesi praktikal bagi memudahkan para peserta memahami dengan lebih terperinci supaya tidak kekok apabila berhadapan dalam situasi seperti ini.


Sesi pertama dimulakan dengan pengenalan yang berkaitan tentang pengurusan jenazah dan bagaimana cara menguruskannya. Pada sesi kedua pula, beliau telah menerangkan cara memandikan jenazah mengikut langkah-langkah yang telah disepakati oleh jumhur ulama. Selesai sesi kedua, para peserta dijamukan dengan sedikit jamuan ringan.

Sesi ketiga diteruskan lagi dengan cara bagaimana mengkafankan jenazah dan mengadakan praktikal dihadapan para peserta. Kursus berjalan dengan lancar dan para peserta memberi tindak balas yang baik

.

Sesi keempat diteruskan dengan penerangan pelaksanaan solat jenazah dan cara pengebumian jenazah. Majlis berhenti seketika untuk mendirikan solat zohor secara berjamaah yang telah diimamkan oleh ustaz penceramah

.

Selesai solat berjamaah, sesi soal jawab bersama penceramah dibuka. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan. Sebelum majlis bersurai, para peserta dihidangkan dengan makanan tengahari. Untuk akhirnya, dengan adanya kursus seperti ini dapatlah para peserta mengetahui lebih terperinci cara-cara pengurusan jenazah. Semoga program yang sebegini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment