Sunday, 11 October 2009

Bantuan kepada mangsa gempa bumi di Padang


Salam,

Berikutan kejadian gempa bumi di Padang, Sumatera, Indonesia baru-baru ini, pihak Sekretariat mengharapkan kerjasama rakyat Malaysia di luar negara terutamanya ahli-ahli kelab UMNO supaya turut menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan mangsa-mangsa.


Sumbangan dan bantuan akan disalurkan kepada tabung bantuan mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera termasuklah para pelajar Malaysia yang turut sama terlibat di dalam bencana alam ini.


Kepada yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan kemanusiaan ini bolehlah menghubungi Sekretariat KULN melalui:
Tel: 03-40447062
Fax: 03-40437279
Email: kelab_umno@yahoo.com


Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Tuesday, 6 October 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kami dari Kelab UMNO Iskandariah Mesir, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat

Monday, 10 August 2009

Pak Lah terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UM


SULTAN Azlan Shah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kemanusiaan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2009 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kemanusiaan) sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) Ke-48 di sini hari ini.

Penganugerahan itu adalah bagi menghargai jasa beliau kepada negara antaranya memperkenalkan Islam Hadhari, pembangunan modal insan, memperkasa sektor pertanian dan memerangi rasuah.

Ijazah kehormat itu disampaikan oleh Sultan Perak merangkap Canselor UM, Sultan Azlan Shah.

Sementara itu, Abdullah dalam ucapannya berkata, pelbagai faktor antaranya globalisasi, pengaruh media global, peningkatan kesedaran mengenai hak asasi dan peranan Internet menuntut perubahan dalam kehidupan masyarakat serta corak pemerintahan dan pentadbiran negara.

Tegas beliau, cara lama iaitu 'kerah dan perintah' perlu digantikan dengan cara perundingan dan mesra rakyat kerana kehendak rakyat kepada keterbukaan dan kebertanggungjawaban makin menekan.

Jelas beliau, meskipun undang-undang untuk mengawal kehidupan masyarakat boleh dilaksanakan, pendekatan yang diambil mestilah adil dan tidak terlalu menyekat.

"Pihak-pihak yang mahukan lebih kebebasan pula perlu bertanggungjawab dan sentiasa menghormati keluhuran perlembagaan apabila bertindak.

"Undang-undang lama yang diperlukan ketika negara kita masih lemah dan sedang menghadapi ancaman dalaman dan luaran kini mungkin tidak lagi sesuai dan perlu dipinda atau diubah," katanya.

Abdullah dalam ucapannya itu turut berkongsi peristiwa dan halangan yang menimbulkan kesulitan dan gangguan kepada kelancaran program yang diaturnya sewaktu bergelar Perdana Menteri.

Katanya, antara peristiwa itu ialah kembalinya ke rahmatullah dua insan yang sangat disayangi beliau iaitu ibunya, Datuk Kailan Hassan dan isterinya Tun Endon Mahmood; krisis kewangan yang merebak menjadi krisis ekonomi global dan kenaikan mendadak harga minyak serta barang keperluan.

"Walau apa pun kesempitan dan cabaran yang muncul, saya rasa saya telah dapat membawa kemajuan dan perubahan kepada masyarakat, kepada pentadbiran yang lebih berorientasikan perkhidmatan dan kepada ekonomi yang sekarang ini mula berkembang di kawasan pertumbuhan baru.

"Mudah-mudahan langkah seterusnya yang diambil kerajaan sekarang akan membawa perubahan yang lebih besar dan menambah nilai kepada kemajuan yang telah dinikmati rakyat," katanya.


Sumber - Utusan Malaysia

Saturday, 8 August 2009

Tahniah


Kami dari Kelab UMNO Iskandariah mengucapkan sekalung tahniah di atas perlantikan YB Dato' Ahmad Shabery Cheek selaku Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara juga merupakan Menteri Belia dan Sukan serta Pengerusi Jawatankuasa Khas Hal Ehwal Pelajar Luar Negara yang baru,menggantikan tempat YB Dato' Seri Mohd. Shafie Haji Apdal.

Kami mengucapkan selamat menjalankan tugas dan amanah yang di pertanggungjawabkan. Kami di Iskandariah tetap menyokong padu perjuangan YB Dato' Ahmad Shabery Cheek.

Kami juga ingin merakamkan sekalung tahniah kepada:

Panglima Jasa Negara (PJN ) membawa gelaran Datuk :
YBhg Datuk Hajah Ilani Binti Datuk Isahak ( Ahli Jawatankuasa KULN )

Johan Mangku Negara ( JMN ) :
En Syariff Bin Abd Hamid ( SU 2 KULN )

Johan Setia Mahkota ( JSM ) :
Prof Dr Mohd Fauzi Bin Hj Ramlan ( Pengarah HEP Luar Negara KPT )

diatas Upacara Penerimaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Hari Keputeraan YTM Yang Dipertuan Agong Malaysia 2009.

Tuesday, 28 July 2009

Kursus Pengurusan Jenazah