Tuesday 14 July 2009

Program Bakti Siswa

Assalamualaikum,

Sukacitanya dimaklumkan Badan Perhubungan Negara (BPN) Indonesia dengan kerjasama Sekretariat KULN akan menganjurkan Program Bakti Siswa selama 3 hari bermula 6 Ogos 2009 (Khamis) hingga 8 Ogos 2009 (Sabtu) di Kuala Kedah. Para peserta akan berkumpul di PWTC, Kuala Lumpur pada jam 8.00 pagiuntuk bertolak ke Kuala Kedah.


Kesemua peserta yang terlibat akan ditempatkan bersama keluarga angkat di kampung-kampung di Kubang Rotan, Pengkalan Kundur dan Anak Bukit. Antara pengisian program ini termasuklah program pemeriksaan kesihatan di balai raya dan dari rumah ke rumah, penyampaian ceramah motivasi kecemerlangan akedemik di sekolah-sekolah, program kebajikan dan gotong- royong di masjid, rumah warga emas, ibu tunggal dan OKU di sekitar Kuala Kedah.

Semua ahli Kelab UMNO yang kini sedang bercuti atau telah pulang ke Malaysia dijemput untuk menyertai program kebajikan ini. Kepada yang berminat sila berikan nama secepat mungkin kepada Sekretariat KULN melalui e-mel kelab_umno@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it atau hubungi talian 03-4044 6312.


Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment