1.Setelah Dr.M membangunkan sebegitu pantas kemajuan infrastruktur dan material di Malaysia, Pak Lah yang datang selepasnya pula ingin menyeimbangkan kemajuan material itu dengan kemajuan Spiritual Manusia itu sendiri .
2.Ketinggian Menara KLCC tidak akan bermakna kalau minda rakyat tidak tinggi. Demikianlah yang ingin Pak Lah bawa gagasannya dalam MINDA KELAS PERTAMA….
3.Kecanggihan MSC yang begitu saintifik tidak akan bermakna jikalau rakyat miskin jiwa. Demikianlah Pak Lah ingin membawa manusia sama taraf dengan kecanggihan MSC melalui pembawaan gagasan MODAL INSAN ....
4.Kecantikan Putrajaya tidak akan bermakna jikalau tidak ada nilai Islam, Demikian lah Pak Lah ingin menyeimbangkan kemajuan material Putrajaya dengan kemajuan Spiritual dalam konsep ISLAM HADHARI nya,…
1.Beliau menentang Rasuah sehingga orang orang rasuah membencinya.
2.Beliau Membangunkan petani dan nelayan, sehingga syarikat mega yang angkuh pula membencinya.
3.Beliau membuka kebebasan Media sehingga media sudah boleh dan berani pula mengkritiknya.
4.Beliau ingin membangunkan Islam sehingga ada suara-suara sumbang memperolok-olokkan beliau dan mempolitikkan isu Islam Hadhari sehingga rakyat melihat ia adalah seakan menjadi Islam baru..
5.Beliau Membebaskan mahkamah dari cengkaman politik sehingga Anwar Ibrahim yang hipokrit dan ego itu terlepas , lantas Anwar Ibrahim pula tidak mengenang budi lalu menentang beliau.
6.Beliau menaikkan status golongan agamawan agar menduduki institusi-institusi penting di negara ini melalui gagasannya dalam Damai Hadhari.
7.Beliau ingin menaikkan taraf pengajian Islam ke level yang lebih tinggi apabila JQAF diajar oleh lepasan sarjana Muda.
8.Beliau Men”support” program-program ilmiah seperti ilmuwan islam agar ilmuwan islam sedar bahawa ilmu adalah kemajuan bukan pada keindahan materialistic dan kecangihan seni bangunan.
9.Beliau ingin membangunkan manusia Malaysia pergi ke angkasa Lepas, bukan hanya di bumi, lantas isu ini juga diperolok-olokkan..
Fikirlah....
Kamu melihat semacam tidak ada kemajuan yang Pak Lah bawa kerana beliau bukan membangunkan material yang sedia ada, tetapi beliau membangunkan manusia agar setaraf dengan kemajuan material yang sedia ada..membangunkan manusia adalah lebih sukar daripada membangunkan bangunan dan material infrastruktur.
Gagasan-gagasan seperti ISLAM HADHARI, MODAL INSAN, MINDA KELAS PERTAMA, PROGRAM JQAF, DAMAI HADHARI yang dibawa oleh Pak Lah sebenarnya membawa rakyat Malaysia (manusia) sama taraf tingginya dengan kemajuan Material seperti MSC, KLCC, PUTRAJAYA, KL TOWER yang dimajukan oleh Dr. M di Malaysia.
Jadi, kami melihat Dr.M dan Pak Lah adalah dua insan (Perdana Menteri) yang penting dalam pembangunan material dan spiritual yang seimbang di Malaysia.
Kemajuan Sesuatu itu bukan hanya material tetapi juga spiritual.
Apabila Material dan spiritual bergabung , maka di sanalah khazanah dan generasi baru yang akan meledak dan membawa Malaysia menjadi sebuah pusat Tamadun Asia Tenggara.
Dengar lah Puisinya ketika baru mengambil alih teraju kepimpinan :
“ Aku cari bukan harta bertimbun-timbun, tetapi aku cari di mana al-Ghazali"
Cuba Renungi. Janganlah kita menentang kepada perkara yang mendatangkan manfaat kepada kita.. Janganlah kita menjadi manusia yang menentang kepada benda-benda yang baik.Perkara yang baik harus disokong dan didukungi agar kita menjadi agen pengubah kepada masyarakat, insyaAllah...
sesungguhnya kami merindui Pak Lah. Terima kasih Pak Lah kerana menjadi bekas Perdana Menteri Yang Paling Baik dan Tenang yang pernah wujud di Malaysia.
post by :
ABDUL RAHMAN TAJUDDIN
BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
KELAB UMNO ISKANDARIAH MESIR
Friday, 10 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment