Monday 27 July 2009

Sambutan Israk Mikraj

22 Julai 2009 bersamaan 20 Rejab 1430 Hijrah, Kelab UMNO Iskandariah telah mengadakan Majlis Sambutan Israk mikraj yang merupakan program pertama yang dijalankan bagi sesi 2009/2010. Semua ahli mula berkumpul jam 6.30 petang dan dimulakan dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai.


Solat maghrib berjemaah dijalankan setelah semua selesai. Diikuti dengan tazkirah yang di sampaikan oleh Ustazah Reny Widarty bte Walla. Diantara intipati penting yang terdapat dalam tazkirah tersebut beliau menceritakan serba sedikit tentang kejadian Israk Mikraj dimana Nabi Muhammad SAW telah di Israkkan iaitu perjalanan dari Masjidil Haram di Mekkah ke Baitul Maqdis di Palestin. Diantara intipati lain kejadian di mana Nabi Muhammad SAW telah naik kelangit yang ditemani oleh Jibril dan telah melihat beberapa keadaan dan balasan bagi mereka yang taat dan ingkar pada perintah Allah SWT. Dalam kejadiaan Israk Mikraj ini juga tuntutan solat telah disyariatkan kepada semua ummat Muhammad SAW yang telah menjadi salah satu rukun islam kita yang lima.

Ustazah Reny turut menekankan pentingnya solat lima waktu sehari semalam dan beliau telah berpesan-pesan kepada semua ahli untuk taat dan percaya atas semua perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Selesai mendengar tazkirah, majlis diteruskan dengan solat isyak berjemaah dan akhir sekali menjamu selera dengan jamuan makanan yang telah disediakan.

Di harap semua ahli Kelab UMNO Iskandariah dapat mengambil iktibar dan mempraktikkan setiap apa yang disampaikan oleh Ustazah Reny dalam kehidupan seharian.

0 comments:

Post a Comment